Saturday, March 21, 2009

lame nye xupdate...

..hm..nk story sal pe eh?..
..ha..1st time in ths sem..
..sy terase amt mls nk wat assignment..
..n im having fun time together wif MINNIE..
..wut an adorable pet..
..sy ske die..
..tp kami dh nk berpisah..
..huhu..
..ok..
..kt cni sy nk bg credit kt sume yg terlibat ngn dekorasi PENITI V..
..secare langsung mahupun tidak(skema aje)..
..n to my very closest friend..
..thnx la byk tlg..
..to my BELOVED..
..chill la sket..
..nmpk cm depressed sgt la awk..
..kite enjoy k 28 ni..
..sapppyyy....goooo!!!!..
..hehe..
:: nk maen 'buku muke' ::
:: sajak n drama, xwat lg..huhu ::
akhir kate....

Tuesday, March 10, 2009

setelah sekian lama...yeahaa..

:: DUDA,DAMIAN DAN DANIA ::

pekebende ni?hehe..karya terbaru ku..assignment kot..hehe.tp endings die too obvious n messy..btw,enjoy..C&C appreciated

presenting...

DUDA, DAMIAN DAN DANIA
A’aina Camilla( as usual )

Sejak mula bekerja di syarikat Own Twine di pinggir Bandar Senawang, Zalea semakin sibuk. Walaupun hanya bertugas sebagai kerani, Zalea tidak menang tangan membuat kerjanya yang semakin bertimbun setiap hari. Kerap juga Zalea pulang lewat untuk menyelesaikan timbunan kerjanya itu.
“Aduh..letihnya kerja jadi kerani ni”. Adu Zalea kepada teman serumahnya, Suria. Suria yang sedang khusyuk menonton televisyen mengalihkan pandangannya kepada Zalea. Dia kemudian mencapai alat kawalan televisyen dan menekan butang off. Televisyen terpadam, suasana menjadi senyap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yang ligat berputar di ruang tamu teres setingkat itu. Suria kini memandang tepat ke arah susuk tubuh yang duduk tersandar di atas sofa di hadapanya. Zalea mengeluh. Jauh di lubuk mindanya, dia agak menyesali tindakannya yang enggan melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah. “ Kalau belajar lagi, mesti tak penat sampai macam ni. Menyesalnya tak sambung belajar. Kalau dapat ijazah, mesti dapat kerja lagi bagus. Tak ada la susah macam sekarang ni” gerutu Zalea di dalam hati.
“Suria, kau dah makan?” tegur Zalea tiba-tiba. Lamunan Suria terhenti. “ Dah. Tapi kalau kau tak makan lagi, aku panas kan lauk eh?” cadang Suria. “Tak nak la. Tak selera dah. Aku nak tido dulu.” Zalea bingkas bangun menuju ke bilik dengan langkah yang berat. Ekor mata Suria mengikuti langkah berat Zalea. Suria menghelakan keluhan kecil. Kasihan Zalea. Suria baru sahaja berkenalan dengan Zalea, namun hubungan mereka sangat akrab bagaikan sudah lama berkenalan. Walaupun Suria tua 2 tahun daripada Zalea, dia menegah Zalea memanggilnya kakak. Terasa tua dipanggil begitu. Setiap masalah yang Zalea hadapi, dialah tempat Zalea mengadu. Masalah di tempat kerja, masalah bekas kekasih yang masih mengejarnya, masalah kewangan, semuanya diceritakan kepada Suria. Suria adalah pendengar setia.
Esoknya, pagi-pagi lagi Zalea sudah memandu ke tempat kerja. Suria membuka tudung saji di dapur. “La…tak makan lagi budak ni. Karang gastric baru tahu” omelan Suria. Terus sahaja dia mencapai telefon bimbitnya, menaip mesej ringkas kepada Zalea. Dengan mulut yang terkumat kamit, dia membebeli perangai Zalea yang kerap tidak bersarapan pagi. “Messege Delivered to Zalea”. Tertera satu ayat berbahasa Inggeris di skrin telefon bimbitnya. Suria puas. “ tittt..titt..”. Nada mesej masuk ke peti masuk. “K”. ringkas Zalea menjawab. Suria hampir sahaja melenting kerana penat dia menghantar mesej yang panjang berjela, tetapi hanya dibalas ‘k’. Namun Suria mengerti bahawa Zalea tidak dapat menghantar mesej yang panjang berjela kerana sedang memandu. Suria mengemas pinggan di atas meja dan terus berangkat ke tempat kerja.
Sewaktu melangkah ke dalam perut lif, Zalea hampir sahaja terpelecok dan tidak dapat mengimbangi diri kerana kasut yang dipakainya hari ini bertumit agak tinggi dan juga akibat daripada terlanggar seseorang. Mulutnya hampir sahaja mencarut. Tetapi tidak terkeluar kerana jejaka yang berada di hadapannya kini adalah seorang jejaka kacak, berwajah kacukan dan segak bergaya. Jejaka itu melemparkan senyuman manis kepadanya. Zalea tersipu malu. Dia hanya menganggukkan kepala apabila ditanya sama ada dia berkeadaan baik atau pun tidak oleh jejaka tadi. Apabila tiba di tingkat di mana pejabatnya berada,Zalea melangkah laju keluar dari lif dan menuju ke pejabatnya kerana muka yang sudah mula memerah. “Cantik” komen Syakir sambil tersenyum. Kemudian pintu lif tertutup semula. “Aduh..kenapa aku tak tanya dia tadi.Aku dah berapa kali turun naik lif ni. Tingkat mana la pulak Own Twine ni. Said pun satu, bukan nak bagitau betul-betul!” Syakir mendengus marah. “ Ah..aku pun sombong sangat. Tak bertanya kat guard kat bawah tadi.” Syakir mengkeji perangainya yang memang berat mulut untuk bertanya itu. Syakir menekan butang ‘GF’, tanda aras paling bawah dan mengambil keputusan untuk bertanya dengan pengawal keselamatan yang berada di bawah.
‘dup..dap..dup..dap..’ Jantung Zalea berdengup kencang. Jejaka yang ditemuinya di dalam lif tadi kini sedang melangkah masuk ke pejabat tempatnya bekerja. Debaran yang tadi belum lagi reda, kini debarannya semakin memuncak. Dia jadi hilang fokus. Jejaka tersebut kemudian dibawa masuk ke dalam bilik Tuan Mudkri, bosnya. Tidak berapa lama kemudian, semua pekerja dipanggil untuk berkumpul kerana ada pengumuman penting. “OK everybody, let me introduce you, this is Mr.Syakir. He will be in charged here from now on because I will be transfred to another company at KL by tomorrow. So, please show some respect to him. I know he is still young and gorgeous.” Tuan Mudkri berseloroh dan ketawa staf-staf lain mula berderai. Zalea sahaja yang tidak mampu ketawa. Sedih kerana akan kehilangan seorang majikan yang sangat baik.
“Zalea…” tiba-tiba Zalea terdengar namanya dipanggil. Zalea yang berdiri paling belakang bergegas menuju ke hadapan himpunan staf Own Twine. “There you are..come here” Tuan Mudkri meminta Zalea menghampirinya. Dia memperkenalkan Zalea dengan Tuan Syakir, bos Zalea yang baru. “She’s so good at work. She has sparks of her work. So, Syakir. You will now be assisted by her.” ulas Tuan Mudkri ringkas. Tuan Syakir menghulurkan tangan. Terasa malu untuk Zalea menyambut huluran salam itu. Semua staf mula bersurai dan melakukan kerja masing-masing. Zalea kemudiannya turut kembali ke mejanya, dia merasakan mukanya sedikit panas menahan malu kerana menyambut huluran salam Tuan Syakir tadi. “ Dia bos aku sekarang. Macam mana aku nak kerja kalau macam ni..ok Zalea..fokus..fokus..” Zalea memotivasikan dirinya sendiri agar tidak hilang fokus. Dia menyambung kerjanya seperti biasa.
Sejak dari hari itu, Syakir asyik terbayangkan wajah Zalea. Ke mana sahaja dia pergi, dia akan terbayangkan wajah Zalea. Di rumah terbayangkan Zalea, kerja pun terbayangkan Zalea.
“Aduh..aku dah gila bayang ke ni..” Syakir menepuk dahi. Ada rasa bahagia apabila dia bertegur sapa dengan Zalea. Baginya Zalea tidak sombong, pandai bergaya dan yang paling penting ialah cantik. Syakir kerap mencuri-curi lihat Zalea dari tirai pejabatnya. “Manisnya senyuman dia….” puji Syakir. Setiap hari, Syakir akan bangun awal pagi untuk ke tempat kerja. Walaupun dia merupakan bos di situ dan ada ‘perlepasan’ untuk datang lewat, namun, demi menatap wajah Zalea, dia rela bangun pagi. Dia merasakan ada cinta untuk wanita itu.
Lebih 2 bulan bekerja di situ, Syakir semakin berani untuk menegur Zalea dan mengajaknya keluar. Namun, apa yang paling mengejutkannya, Zalea tidak menolak. Dia gembira kerana cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Sewaktu pertama kali keluar, semuanya agak kekok. Zalea masih ber’tuan-tuan’ dengan Syakir. “Tak payah la panggil tuan. Saya rasa macam kat pejabat pulak” Zalea tersipu. Walaupun sudah dibetulkan, Zalea kadangkala terpanggil juga tuan. Syakir akan membulatkan matanya apabila Zalea memanggilnya tuan dan Zalea akan memperbetul katanya sambil ketawa geli hati. “Berapa umur awak Syakir?” soal Zalea suatu hari. Syakir tidak terus menjawab. Dia bertanyakan kembali kepada Zalea soalan pula. “Zalea rasa?”. Zalea menilik susuk tubuh dan juga wajah Syakir. Agak lama, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. “30-an, betul tak?” teka Zalea. Syakir mengangguk. Pembohongan pertamanya kepada Zalea. Di dalam hatinya, dia mengutuk perbuatannya itu. Namun, dia takut jika Zalea mengetahui umur sebenarnya, Zalea akan menjauhi dirinya. Baginya, Zalea terlalu lembut dan berjiwa halus. Namun, dia tidak tahu sejauh mana dia mampu bertahan atas pembohongannya itu sendiri. Dia buntu.
Sejak perkenalan Zalea dengan Syakir terjalin, segala peristiwa dan perkara tentang Syakir tidak pernah Suria terlepas dari mengetahuinya. Suria mengikuti perhubungan mereka melalui cerita-cerita Zalea. Kini tiada lagi keluhan daripada Zalea. Zalea kembali bersemangat seperti dahulu. Walaupun kerjanya banyak, dia tidak kisah kerana dia dapat menghabiskan masa dengan Syakir di pejabat. Suria merasakan bahawa Zalea amat bertuah kerana menemui lelaki seperti Syakir. “Untung la kau Zalea, aku ni..sampai sekarang tak ada yang nak pun. Duan tu masih tunggu kau, Syakir pulak sayang kau. Bertuahnya la badan. Tak pe la..orang lawa.aku ni tak lawa” ujar Suria. Dia menumpang gembira atas bahagia yang sedang dikecapi rakan serumahnya itu. Namun, dia turut merasa iri hati.
Pada suatu malam, seperti biasa Zalea akan pulang lewat. Kali ini adalah untuk menyiapkan beberapa surat yang perlu dihantar pada keesokan paginya. Hanya tinggal dia berseorangan di situ. Syakir tidak masuk ke pejabat pada hari itu kerana ada urusan di Kuala Lumpur. Tiba-tiba Zalea merasa seram sejuk. Dia mula terbayangkan cerita-cerita seram yang pernah diceritakan oleh rakan sepejabatnya tidak lama dahulu. Menurut mereka, mereka pernah terserempak dengan kelibat wanita berambut panjang, berbaju putih dan berlumuran darah. Memerhatikan keadaan yang gelap dan semakin sejuk. Zalea menjadi tidak senang duduk. Dia ingin cepat-cepat menghabiskan kerjanya. ‘ting….’. Zalea terdengar bunyi lif. Dia tidak berani untuk menoleh. Dalam kesamaran cahaya lampu, dia terlihat satu lembaga hitam keluar daripada lif tersebut. Zalea jadi cuak. Butir-butir peluh dingin mula keluar. Hatinya jadi tidak keruan. Dia merasakan ada tangan yang sedang menyentuh bahunya. Zalea sudah mahu pengsan. Apabila dia terdengar suara Syakir yang menyapa, dia jadi lega.
“Syakir! Thank God you are here” Zalea memeluk erat Syakir. Syakir yang terpinga-pinga turut membalas pelukan Zalea. Zalea kemudian dipimpin ke dalam pejabat. Tangis Zalea masih belum reda. Syakir kehairanan. Dia membancuh secawan teh buat Zalea. Dia mengharapkan agar tangisan Zalea berhenti. Sebaik sahaja Zalea sudah bertenang, Syakir bertanyakan mengapa Zalea menangis. “Why did you cried, dear?” Syakir menggenggam erat tangan Zalea. Sejuk dan sedikit mengigil. Syakir kemudian terus merangkul Zalea. Zalea merasa selamat dalam pelukan Syakir. Dan pada malam tersebut, mereka telah tewas dengan hasutan syaitan. Zalea tidak mampu melawan kehendak dan nafsu Syakir tika itu. Syakir memohon maaf berulang-ulang kali akibat ketelanjurannya itu. Zalea diam membatu. Dia tidak meletakkan sepenuh kesalahan kepada Syakir. Syakir berjanji akan mengahwini Zalea. Namun Zalea tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Dia terus pulang ke rumah walaupun sudah hampir pukul 4 pagi. Syakir ingin menghantarnya pulang, tetapi Zalea menolak sopan. Syakir membenarkan Zalea mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan fikiran dan membuat keputusan.
Selepas pulang dari bercuti, Zalea rasa lebih tenang. Selama seminggu dia bercuti, Syakir tidak pernah menelefonnya. Syakir tidak mahu mengganggunya. Dia mahu Zalea menenangkan fikiran sebelum memberikan keputusan untuk mengahwininya. Syakir merasa bersalah kerana telah terlanjur. Walaupun dia amat mencintai wanita itu, namun dia telah menodai cinta sucinya dengan Zalea. Syakir takut akan kehilangan Zalea. Syakir mula mempertimbangkan untuk memberitahu perkara yang sudah lama dipendamnya selama ini. Sesuatu yang sepatutnya Zalea ketahui pada awal perhubungan mereka lagi.Syakir merasa gentar. Namun kebenaran harus dihadapi dengan tabah. Dia perlu menguatkan semangat untuk memberitahu perkara tersebut kepada Zalea.
“Suria, jom gi shopping” ajak Zalea di suatu pagi Ahad. Sejak seminggu yang lalu, Suria melihat Zalea banyak berkurung di dalam bilik. Baru hari ini, Zalea kelihatan agak bersemangat dan mengajaknya keluar. Suria merasakan ada sesuatu telah terjadi antara Zalea dan Syakir. Namun, dia tidak berani bertanya kerana takut Zalea akan terguris hati. Dia akan membiarkan sahaja sehingga Zalea yang membuka mulut dahulu. Sewaktu sedang mengisi perut di Secret Recipes, Zalea yang sedang rancak bercerita tiba-tiba membisu. Matanya tidak berkelip memandang sesuatu. “Kenapa Zalea?” soal Suria. Zalea tidak menjawab tetapi tangannya menunjuk ke satu arah yang meminta Suria untuk memusingkan kepalanya memandang ke arah itu.
“Syakir…? Eh! Anak sapa yang dia pimpin tu?” Suria mengerutkan dahi. Zalea tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia mengambil beg tangan dan semua barang-barang yang dibeli tadi dan meluru keluar daripada restoran tersebut. Dia merasakan dirinya telah ditipu oleh lelaki yang dicintainya selama ini. Setelah sekian lama mereka berhubungan, rupa-rupanya Zalea belum benar-benar mengenali Syakir. Zalea menyangkakan Syakir seorang jujur dan tulus mencintainya, namun sangkaannya meleset. Hatinya remuk. Pada mulanya, Zalea bercadang untuk pulang bekerja ke Own Twine pada keesokan harinya. Namun fikirannya telah berputar 360 darjah, dia akan akan pulang ke Own Twine esok dengan surat berhenti kerja. Dia tekad.
Pagi Isnin, pada jam 7.30 pagi, Zalea telah tiba di pejabatnya. Dia mengemas semua barang-barang miliknya sambil menunggu Syakir masuk ke pejabat. Staf-staf lain memandang Zalea kehairanan, tetapi tiada sesiapa yang berani menegur. Syakir melangkah agak lemah pagi itu, Zalea melihat dari jauh. Tetapi dia tidak mahu ambil pusing. Dia mahu segera pergi dari tempat itu. Dia tidak tega diperhatikan oleh banyak mata yang sedang memerhati. Apabila Syakir terlihat susuk tubuh buah hatinya menuju ke arahnya, dia memperbetulkan rambut yang sedikit panjang dan tidak terurus. Dia menatap wajah yang dirinduinya itu. Melemparkan senyuman, namun senyumannya tidak berbalas. Senyuman Syakir mati di situ. Zalea kini berdiri betul-betul di hadapannya. Ingin dipeluk wanita itu, namun dia tidak mungkin berbuat demikian di hadapan staf-staf yang lain.
“Tuan Syakir, ni surat perletakan jawatan saya.Saya mohon maaf jika tidak dapat menjalankan tugas saya sebaiknya.Assalamualaikum” Zalea sudah hendak melangkah. Syakir tidak menunggu lama. Dia menarik tangan Zalea dan memimpinnya masuk ke dalam biliknya.Zalea merasa sangat marah dan malu. Mukanya terasa panas. Dia pasti semua staf memerhatikan kejadian itu. “Bodoh la Syakir ni!. Tak malu pada staf agaknya. Tak pasal-pasal aku pun dapat malu” kutuk Zalea di dalam hati. Syakir mengunci pintu dari dalam. Zalea pula mengunci mulut. Syakir mundar-mandir di dalam biliknya. Zalea hanya memandang kosong. Beberapa minit kemudian, Syakir mengambil kerusi dan duduk berhadapan dengannya. Ada debaran di hati Zalea. Renungan Syakir sangat dalam. Meneroka jauh ke dalam anak matanya. Entah apa yang dicarinya di situ . Zalea menundukkan muka kerana tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.
“Dear, do you realize what you are doing right now? Am I the cause? I don’t want to lose you, Zalea. Please don’t leave me. I need you” rayu Syakir bersungguh-sungguh. “ Dah kantoi baru nak mengaku kan!” Zalea bersuara tiba-tiba. Syakir mengerutkan dahi. Dia tidak memahami perkara apa yang sudah terbongkar. Namun Syakir tidak berani meneka, dia takut tekaannya semakin akan menjeratnya. “ You already have 2 kids, didn’t you?” sinis. Syakir terpempam. Dia tidak menyangka Zalea telah terlebih dahulu mengetahuinya. Syakir menarik nafas panjang. Dia berpindah tempat duduk. Dia mengeluarkan bingkai gambar yang disimpan di dalam laci. Laci yang sudah lama dikunci. Hari ini, Syakir perlu menyelesaikan semuanya. Dia tidak mahu kelak dia akan lebih melukakan hati Zalea. Bingkai gambar tadi ditatap sebentar sebelum dihulurkan kepada Zalea. Zalea menyambutnya. Zalea pula menatap gambar tersebut. Syakir meraup rambutnya ke belakang. Zalea kini memandang tepat ke wajahnya, mengharapkan penjelasan.
“ That is the picture of my wife and my 2 kids. Damian and Dania. They are twins. That woman had left us for the last 5 years. Masa Damian dan Dania masih merangkak lagi. She left us for other man.” Zalea terkejut dan dia tiba-tiba merasa simpati kepada Syakir. Di dalam kotak fikirannya, dia mencela bekas isteri Syakir yang sanggup meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil demi lelaki lain. “ And there’s one more thing, dear..” jantung Zalea berdebar. Apa lagi rahsia yang akan diketahuinya dari mulut Syakir. “ I am not 30, I am 40 now. To be specific, 41. I am so sorry for not telling you ealier. I takut you akan menjauhkan diri dari I.” Syakir menerangkan. Dia merasakan kelegaan dan satu bebanan telah diangkat dari bahunya. Kini dia hanya menantikan respon daripada Zalea. Dia mengharapkan Zalea akan memaafkannya kerana telah berlaku tidak jujur. “ Syakir, you listen here ok. It is not the matter of age. You had lied to me. You are a liar! Do you notice that?” Zalea keluar dari bilik Syakir dan kedengaran pintu dihempas. Seluruh staf Own Twine memandang ke arah Zalea. Zalea tidak kesah. Dia perlu pulang segera.
Sudah 3 bulan Zalea menganggur. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah keluarganya di Johor Bharu demi merawat hatinya yang remuk. Setiap hari Syakir akan menghantarkan mesej ringkas meminta maaf, jambangan bunga juga pernah diterima daripada Syakir, coklat, kad, dan pelbagai lagi perkara telah dilakukan oleh Syakir untuk memenangi semula hati Zalea. Di dalam salah satu kad yang pernah diutuskan, Syakir pernah menulis barisan ayat-ayat cinta karya Beethoven.

My thoughts go out to you, my immortal beloved.I can live only wholly with you or not at all.Be calm my life, my all. Only by calm consideration of our existence can be achieve our purpose to live together. Oh, continue to love me. Never misjudge the most faithful heart of your beloved.Ever thine. Ever mine. Ever ours.

Hati Zalea tersentuh apabila membaca barisan ayat-ayat itu. Selepas 5 bulan berada di rumah, Zalea akhirnya pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan baru. Dia tidak betah duduk diam di rumah. Sewaktu di Kuala Lumpur, Zalea telah terserempak dengan Syakir, Damian dan Dania. Mereka telah keluar makan bersama-sama. Damian dan Dania memanggil Zalea dengan panggilan mama, seperti yang diminta oleh Syakir. Zalea tidak membantah malahan dia merasa bahagia berada di samping Syakir, dan 2 orang kanak-kanak itu. Bagaikan dalam sebuah keluaarga. Zalea sudah dapat menerima semula Syakir dalam hidupnya. Dia bertekad untuk melupakan perkara yang telah berlalu. Dia sedar betapa dalamnya cinta Syakir kepadanya. Selepas 2 tahun, Syakir telah membawanya berjumpa dengan keluarganya. Syakir memperkenalkan Zalea kepada kedua ibu bapanya. Mereka tidak menghalang jika Syakir ingin berkahwin sekali lagi. Mereka malahan bersyukur kerana cucu mereka akan mendapat seorang ibu yang akan menyayangi mereka dan akan menjaga mereka. Zalea kini bahagia walaupun suaminya berstatus DUDA…

Monday, March 2, 2009

am i happy?

..jwpn nye tidak..
..rs kosong la..
..tp xtau pe yg miss out..
..le ketawe..
..le wt lawk..
..tp still rs kosong..
..np eh?..
..mungkin.........
..ah..xmungkin..