Sunday, February 8, 2009

meh nk share sumtin..

ni adalah assigment kursus bakat kreatif..ha..klu ad sape-sape yg nk komen..sila lah..kot jalan cite die nmpk sgt cm penipu ke..mmg nk sgt ni kne comment..btw..enjoy..

Los Angeles
A’aina Camilla

“Geramnya lah!!”.Kurenung replika tiket kapal terbang ke Los Angeles itu. Kutenung tarikh akhir yang tertera. Sudah 2 hari berlalu. Hatiku bungkam. Inginku jerit sekuat hati. Rasa seperti hendak meletup jantungku bila kukenangkan semula apa yang terjadi sebulan yang lepas. Tika kumasih mampu tersenyum dan bergelak ketawa. Kini seri wajahku sudah hilang. Tiada lagi senyuman yang terukir. Tanpaku sedari air mata mula menitis. Mula membasahi pipiku. Ini semua gara-gara papa,suamiku. Keinginanku yang satu ini, sukar benar hendak dipertimbangkannya. Aku kadangkala tidak mengerti. Segala-galanya akan ditanggung oleh pihak Maybank. Termasuklah tiket pergi dan balik, penginapan dan sedikit duit poket.
“Apa lagi yang menjadi masalahnya,pa?!”.
Suaraku sedikit meninggi. Marah bercampur kecewa dengan sikap papa yang sudah lama kusabarkan. Muak benar kulihat fiilnya yang keras itu. Tidak mahu beralah langsung.
“ Ma, keluarga Linda dari keluarga yang berada. Berpangkat. Bergelar dato’ dan datin lagi,ma. Tidak layak kita nak bergaul dengan mereka.”
Ujar papa. Tenang dan santai sekali jawapannya. Hatiku semakin panas mendidih. Linda yang telah kukenali sejak sekian lama bukanlah orang yang memilih kawan. Hanya mahu bergaul dengan orang yang kaya dan ada gelaran sahaja. Walaupun Linda berasal dari keluarga yang serba tiada kekurangan itu. Bukan aku tidak tahu. Tapi sikapnya yang merendah diri dan tidak kekok berkawan dengan orang kebanyakan membuatkan kuberkawan rapat dengannya sejak di sekolah menengah lagi.
Hatiku sakit bila papa mengata sahabat baikku itu. Linda, sahabatku itu tidak merasa geli untuk bertandang ke rumahku yang kecil dan sesak dengan perabot-perabot murah. Dia amat mesra dengan anak-anakku. Lebih-lebih lagi dengan Tania, anakku yang bongsu.
“ Sha, aku nak kidnap anak kau yang sorang ni ,boleh?. Comel sangat la. Petah bercakap pula tu. Anak kau dah ramai dah. Kalau aku culik sorang, aku gerenti kau pun tak perasan punya lah“.
“ Oh.. yang sorang ni, maintenance dia tinggi. Larat ke kau nak bela?. Kalau malam je mesti mengigau. Betul ke kau nak?”.
Selorohku. Mana mungkin seorang ibu mahu berjauhan dengan anaknya. Pada fikiranku, Linda hanya bergurau. Kenal benar aku dengan perangai gila-gila nya itu.
“ Ma..”.
Lamunanku kepada Linda terhenti. Aku diam membatu. Papa merenungku sayu. Ada sedikit riak kesal di wajahnya. Aku menarik muka masam. Papa diam dan berlalu. Begitulah sikap papa sejak sekian lama. Dia tidak akan mahu memanjang-manjangkan sebarang pertengkaran. Dia takut jika pertengkaran itu membawa kepada perkara yang lebih dahsyat dan lebih melukakan hatiku yang sudah sedia remuk ini. Tanpa dapat kutahan, aku menangis. Memeluk lutut dan menangis lagi. Sudahnya, aku terlena tidak berselimut hingga ke pagi. Sejak dari hari itu, aku tekad untuk berubah. Aku tidak kisah apa yang akan terjadi kelak. Aku tekad.
Pagi itu seperti biasa, awal-awal pagi lagi telah kubangun, solat Subuh, mengaji 2 hingga 3 ain dan turun ke dapur untuk menyediakan sarapan buat papa dan anak-anak. Papa amat tidak gemar untuk bersarapan di luar. Dia paling gemar masakanku. Kalau sedap, akan dipujinya. Kalau tidak sedap pula, papa akan makan juga. Dari riak wajahnya sahaja, aku dapat baca bahawa masakanku sedap atau tidak. Papa tidak suka memberi komen. Papa lebih suka memuji. Tapi tiba-tiba hatiku menjadi sakit apabila terkenangkan papa dan hajatku yang tidak kesampaian itu.
“ Mama, Tasya tak jumpa buku latihan Sains Tasya la, mama”.
Tersentak apabila anakku, Tasya menyapaku dari belakang. Mujur tidak tercampak timun yang sedang kuhiris itu. Tasya pun agak terkejut melihat reaksiku itu.
“ Mama ok tak?. Kenapa mata mama bengkak?”.
Kularikan pandangan ke arah lain. Tasya seperti dapat mengagak. Dia kembali ke biliknya dan cuba mencari buku Sainsnya itu. Setelah selesai menyediakan sarapan, aku pergi membasuh baju, mengemas rumah dan rutin harianku yang lain. Aku cuba menyibukkan diri. Selalunya aku akan mencium tangan papa sebelum papa ke tempat kerja, menghantar anak-anakku ke hadapan rumah untuk menunggu bas ke sekolah, melambai-lambai tangan ke arah mereka sebaik sahaja mereka berada di dalam perut bas kuning yang selalunya sarat itu. Tapi hari ini begitu janggal. Tiada lambaian yang mengiringi anak-anak ke sekolah dan tiada juga kukucup tangan papa. Sebaik sahaja aku selesai dengan rutin harianku yang padat itu, kukurung pula diriku di dalam bilik. Kukunci dari dalam agar Tania, anakku yang bongsu ,tidak datang menganggu. Aku capai diariku dan di situlah tempat kuluahkan kekecewaan yang amat dahsyat ini.

11 Januari 2009,

Papa buat perangai lagi. Sakitnya hati aku ni. Suka hati papa mengata Linda. Tapi tak mengapa. Mulai hari ini, aku akan mula menyimpan wang. Aku hendak ke Paris, ke London, ke New York dan seluruh pelusuk dunia tatkala aku BEBAS kelak. Aku akan simpan duit mulai sekarang. Biar papa tahu betapa keras hati aku ni. Aku sudah lama makan hati berulam jantung.

Diari kututup. Sengaja aku tekankan perkataan bebas itu. Aku puas. Aku tekad. Tania mengetuk-ngetuk pintu bilik. Dipanggil-panggil namaku. Aku jadi rimas. Lama baru kubuka. Lapar mungkin. Kasihku jatuh pada anakku yang seorang itu. Tidak sanggup aku libatkan anak sekecil itu dalam masalah rumahtanggaku. Sebaik sahaja kubuka pintu, aku lihat Tania sudah terjelepok dan matanya sudah mulai merah. Aku agak dia mahu disuap makan.
Sudah hampir sebulan aku berlagak seperti patung di rumah itu. Anak-anak pun sudah mula menjauh. Masing-masing tidak berani buat hal. Takut dimarahi mungkin, Selalunya, jika mood aku tidak baik, sudah tentu teruk mereka kumarahi. Silap-silap ada yang kena rotan walaupun kesalahan itu kecil dan tidak munasabah. Aku sebenarnya tidak mahu berkasar dengan anak-anak,tetapi kadangkala emosiku amat terganggu dan tidak terkawal. Selalu juga aku mengutuk kelemahanku ini.
Rutin harianku aku lakukan seperti biasa. Mengemas, membasuh, memasak, menggosok baju anak-anak dan papa dan entah apa lagi kerja yang tidak sudah-sudah. Sesudah selesai semua kerja, aku akan berkurung di bilik dan menulis luahan dan amarahku ke dalam diari. Sebelum rajukku ini berlarutan, selalu aku adukan pada papa. Letih kerana terlalu banyak kerja yang harus dibereskan di rumah. Hingga sakit-sakit badanku. Jika papa tidak bekerja, papa akan turut menolong di dapur. Itu pun selepas aku membebel kerana geram melihat betapa enaknya papa bergoyang kaki di ruang tamu membaca akhbar dan aku pula bertungkus lumus menyiapkan segalanya.
Tetapi segalanya kini sudah banyak berubah. Setiap rutin aku lakukan sendirian tanpa aku merungut walau sedikit pun.Rumahku semakin sunyi. Tiada kedengaran lagi hilai tawaku bersama anak-anak. Papa semakin rasa tidak keruan. Setiap hari, aku lihat papa sentiasa mencari peluang untuk berbual denganku. Memancingku untuk bercerita, mengadu dan juga bermanja. Tapi usaha papa sia-sia. Segala apa yang papa ucapkan, aku dengar dengan acuh tidak acuh tanpa sebarang reaksi. Papa hampa.
“Ma, jom pergi shopping. Dah lama mama tak keluar berjalan-jalan,kan?”.
Ajak papa suatu hari. Kupandang wajah papa seketika dan aku hanya menggelengkan kepala. Pelawaan papa kutolak mentah-mentah. Akhirnya, papa berlalu bersama anak-anakku dengan raut wajah yang penuh dengan kekecewaan dan penyesalan. Kesal kerana tidak menyangka rajukku kali ini amat lama dan larut berpanjangan. Pernah juga sekali papa megajakku pergi ke rumah anak saudaranya yang akan berkahwin. Tetapi, ajakannya kubalas dengan gelengan kepala sahaja. Papa pada mulanya agak kehairanan kerana sikapku tidak begitu. Selalunya akulah yang akan bersungguh-sungguh apabila ada berlaku apa-apa hal keluarga. Tidak kiralah sama ada perkahwinan, pertunangan, kematian dan juga kenduri kendara. Aku begitu teruja jika dapat melibatkan diri dalam segala urusan keluarganya dan juga terutamanya keluargaku. Aku merasa bertanggungjawab di atas segala yang berlaku dalam keluarga. Aku amat dikenali kerana keramahanku.
“Papa, tadi Kak Ziha baru beritahu yang dia akan buat kenduri kesyukuran sempena keputusan cemerlang Azwan. Dia jemput kita sekeluarga ke rumahnya hari Ahad ni. Bolehlah kita ziarah Abang Nan sekali,kan pa?”.
“Tak nak lah pergi. Papa tak suka dengan perangai Kak Ziha yang suka berleter tu. Lagipun rumah Abang Nan pun jauh. Papa tak nak pergi.”
Jawapan yang sangat biasa terpacul dari mulut papa jika kuajaknya melawat ke rumah saudara mara yang tidak sejiwa dengannya. Papa akan memberikan seribu satu alasan untuk mengelak dari pergi ke rumah mereka. Perangai lazim papa itulah yang aku amat tidak berkenan. Kini, papa pula mengajakku ke rumah Kak Ziha,kakak sulongnya itu. Semuanya sudah tunggang terbalik sejak akhir-akhir ini.
“Mama,sure tak nak pergi?”.
Papa terus memujuk dan meminta kepastianku. Aku balas juga dengan gelengan. Lalu papa mengambil keputusan untuk tidak menghadiri kenduri kahwin itu dan duduk menghabiskan waktu di rumah menemani anak-anakku membuat kerja sekolah yang bertimbun-timbun. Tapi ada juga sekelumit rasa bersalah kepada Kak Ziha kerana tidak dapat menghadirkan diri. Tentu Kak Ziha akan berkecil hati denganku. Tapi ada juga suara kecil yang memuji tindakanku itu. Padan dengan muka papa. Gerutuku di dalam hati.

Seminggu selepas itu, papa mengajakku menghadiri jamuan perpisahan rakan sekerjanya. Isteri rakan sekerjanya itu juga merupakan kenalanku. Tapi entah kenapa aku begitu malas untuk pergi ke mana-mana. Sewaktu aku melangkah keluar dari bilik mandi, aku terlihat sehelai dress satin hitam berkilat. Cantik. Pujiku di dalam hati. Papa memang pandai memilih. Aku seakan tertarik untuk mencubanya. Sebaik sahaja aku ingin mencapai baju itu, aku terlihat nota kecil tulisan tangan. Tertera di atasnya..

Mama,
pukul 8 malam nanti papa jemput mama. Mama pakai baju ni tau. Papa rasa baju ni sesuai sangat untuk mama.
Your Hubby,
Papa

Sebaik sahaja selesai membaca nota kecil itu, aku menjadi tidak keruan. Hatiku membentak-bentak. Pada fikiranku, papa sesuka hati sahaja mahu aku ke majlis itu. Lalu aku biarkan sahaja baju itu di tepi katil tanpa kuusik walau sedikit pun.
Jam sudah menunjukkan pukul 8. Aku duduk di atas katil sambil membaca majalah CLEO yang entah keluaran ke berapa. Aku tidak pasti. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik dibuka. Papa kelihatan gembira. Mungkin papa menyangka aku akan menemaninya ke majlis itu. Raut wajah papa berubah sebaik sahaja terlihat baju yang diletakkan petang tadi, tidak pun berganjak dari tempat ia diletakkan. Papa kehairanan. Papa datang menghampiriku. Hujung mataku melirik ke arah papa. Pada pandanganku, papa nampak segak bertuksedo pada malam itu. Pujiku di dalam hati.
Papa duduk bersebelahan denganku. Papa mengambil perlahan majalah yang sedang kubaca dan diletakkan di atas meja berdekatan. Papa capai tanganku dan dikucupnya. Mata papa mula bergenang. Aku merasa tersentuh. Tidak pernah kulihat papa menitiskan air mata sepanjang 12 tahun tempoh perkahwinan kami. Papa seorang yang tabah. Tapi tidak buat tika ini. Papa menitiskan air mata kekesalan. Dalam suara yang sedikit tersekat-sekat, papa meminta maaf di atas tingkah lakunya yang sudah ketelanjuran itu.
“Sayang, abang mintak maaf.”
Sayang.mengimbau kembali saat-saat percintaan kami dahulu. Panggilan itu begitu mersa dan ikhlas buatku. Papa pernah memanggilku dengan panggilan sayang. Tetapi sejak bergelar ibu, tiada lagi kudengari panggilan itu. Ia telah bertukar menjadi papa dan mama.
“Sayang, abang nak mintak maaf sebab terlanjur membaca diari sayang. Abang tak sengaja. Dari situlah abang sedar kenapa sayang membawa diri begitu lama. Walaupun sayang ada di depan mata abang, tapi abang tak dapat capai. Sayang begitu jauh.”
Aku mula berasa sebak. Tanpa dapat aku kawal, aku telah memeluk suamiku dan mengucup tangannya berkali-kali. Aku merasa bersalah kerana terlalu berdendam dan memencilkan diri daripadanya. Papa menyapu air mataku dan memelukku erat. Aku rindu kehangatan pelukan papa. Tempat segala kasihku tercurah, tempat kumengadu dan juga tempat mengubat rajukku. Setelah agak lama dalam kedudukan begitu, tiba-tiba papa bersuara.
“Mama,nanti bila papa dah tak ada, mama nak pergi mana?”.
Ada senyuman terukir di bibirnya. Aku tahu papa hanya berjenaka. Lalu papa rangkulku erat dalam pelukannya dan sebaik sahaja papa melepaskan rangkulannya, papa menghulurkan kepadaku 2 tiket penerbangan ke…
“Los Angeles??”
Papa senyum.

No comments: